Friday, December 24, 2010

bukan feqah tapi Tauhid

bismillahhirahmanirrahim..selawat dan salam pd junjungan besar nabi Muhammad SAW..akhlak terpuji peribadi disegani..Indah bukan kalau kita boleh berada disampingnya..mendengar peringatan2 terus dari mulutnya..melihat sendiri segala tingkah perilakunya..alangkah baiknya..namun semua itu bukan dalam perancangan kita..kita hanya berkata nak jadi itu dan ini...inginkan begitu dan begini..lebih baik jd seperti itu dari menjadi seperti ini...siapa kita nak tentukan perjalanan hidup terbaik..hanya Allah penentu terbaik..Dia sahaja.

pernah dengar nama Shah Kirit Kakulal Govindji..sound like bollywood names right??hehehe...yup memang dia indian but muslim..terpampang muka dan namanya di banner kolej kediaman AB seminggu sebelum ceramahnya berlangsung..tajuk ceramah lebih kurang macam peranan generasi kearah perkembangan Islam..ceramah 2 hari...hati terbuka tatkala dipelawa oleh sofea lepas sarapan di cafe..ajakkannya jika aq sorg pada saat itu barangkali berlalu ditiup angin..namun Allah jua yang merancang..tiga org pada waktu itu...lalu kekuatan rohaniah itu lebih..dan kami pergi..namun sedikit kecewa kerana bukan hari shah kirit..esok baru dia dtg..namun esoknya tidak pula aq berkesempatan ke sana..jadi tidak ada rezeki aq nak berjumpa live with shah kirit..cukup jua post ini dari input2 yg dibaca dari salah satu akhbar di malaysia..menarik!!

kalau kita, pntas saja mengatakan org non-muslim itu apabila memeluk agama Islam dipanggil convert..namun disangkal tegas oleh Shah Kirit..katanya kita bukan convert namun revert...jelasnya lagi bukankah fitrah kejadian manusia itu dilahirkan dengan fitrah Islam..kerana mereka telah mengaku bahawa Allah adalah pencipta mereka semasa mereka ditiupkan roh..namun penentuan di alam kehidupan di bumi ini adalah dari ibubapa..pencorak untuk menjadi hindu, kristian ,nasrani atau free thinker..

dan dia bukan di dakwah sekali oleh pendakwah Islam terus sahaja tertarik untuk beragama islam, namun selepas lebih daripada 3 4 orang ustaz baru bertemu dgn pilihan hati...baru bertemu dengan penyentuh hati..Jutaan syukur kepada Rabb dan terima kasih kepada Ustaz Ali...salah seorang ustaz di PERKIM..bijak strategi yang digunakan..bijak sekali hujah-hujah yang diutarakan..hingga Shah Kirit tertarik dengan Islam..bukan ditekan aspek-aspek feqah seperti solat lima waktu...walau kita tahu ibadah yang satu ini adalah perkara pertama yg akan dihitung nanti...bukan puasa atau zakat yang ditekankan...namun tauhid yang paling banyak menghiasi butir-butir perbincangan dari ustaz Ali...penciptaan manusia..dan aspek ketuhanan...membawa pendengarnya mengenali Tuhan..mengenali serta mencintai Allah..berasa dekat denganNya..bijak bukan? tidak pula dia bebankan seseorang itu dengan perkara-perkara feqah kepada insan yang masih lagi berjinak-jinak dengan Islam..pengalaman itu adalah penting dalam berdakwah...strategi itu sangat penting..

berkat dari ajaran dari Ustaz Ali, Shah Kirit revert menjadi seorang Muslim..berkahwin dengan pilihan hati..memang benar dia memeluk Islam kerana wanita MUSLIM itu...ya dia sendiri akui..hatinya jatuh hati dengan wanita cantik itu..dan kerana itu juga dia belajar tentang Islam..syukur kerana jodohnya memang dengan wanita tersebut..hingga Shah Kirit sempat berjenaka..bila saya bawa isteri saya pulang bertemu keluarga, hati saya bimbang dan takut dengan penerimaan mereka, namun kehendak tuhan, isteri saya diterima dengan baik oleh keluarga saya...mereka melayannya lebih baik dari saya, meraikan kedatangannya hingga saya rasa terpinggir pula..(petikan temubual yang di ambil dalam surat khabar ILUV ISLAM)

hamparkan seluruh masamu kepada Allah, nescaya Dia akan membantumu dalam segala perkara....
tawakal dan redha adalah pengubat kegelisahan serta kesedihan.

No comments:

Post a Comment