Saturday, December 4, 2010

opppsss tersentap!!!!

dan lepas habis mid-term, aq trus balik..dengan kesibukan yg aku rs seminggu lepas before exam mid term dulu, aq rasa tersangat lah lega dan ringan bilamana tamat sudah exam midterm hr tu..
dan dengan sedikit kekalutan mengemas baju, sempat aq menarik quran masuk dalam beg ku..hati berbisik..kena bawak benda ni nanti balik rumah x ingat last bc sampai mana..kata hati ku..otak hanya mengiakan sj..tgn pantas menarik zip menutup laguage warna kelabu milik ku itu..ayuh pulang...
dan kali ini aku dapat seat sebelah tingkap..syukur seperti doa ku dlm hati masa beratur tadi..Dia selalu dekat, selalu mendengar tak pernah leka walau sesaat..terus saja makbul doa hamba mu ini..oh tuhan..memang pemurah.
disebelah student uni aq juga..might be..97% true..hehehe..dan belum lg masuk waktu berbuka..terus teringat quran yang dalam poket beg sandang tadi..terus aq tarik dan selak-selak muka surat yang ditanda benang hijau merah..page terakhir aq baca..ya allah macam dah berapa hari dah x buka..bismillahhirrahmanirrahim...surah kesepuluh..yunus..ayat 54..dan hingga ayat ke 61..terdetik dihati nak tadabbur..means baca makna ayat2 quran..
zapppp!!ayat ke 61..surah yunus..

dan tidakkah engkau (Muhammad) berada dalam suatu urusan, dan tidak membaca suatu ayat al-Quran serta tidak pula kamu melakukan suatu pekerjaan, melainkan kami menjadi saksi ke atasmu ketika kamu melakukannya. Tidak lengah sedikitpun dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarrah, baikdi bumi ataupun di langit. Tidak ada sesuatu yang lebih kecil dan lebih besar daripada itu, melainkan semua tercatat dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz)  

sesungguhnya saat itu, sikit bergenang mutiara di mata aq..ya Allah pantas saja engkau tunjukkan kpd ku..tersingkap semula memori-memori beberapa hari lepas, minggu lepas...ya kesibukan yang aq ciptakan sendiri..menaip, meeting pagi dan petang, study untuk mid term..mujur sahaja solat lima waktu mnjadi makanan rujiku..namun terabai jua kata-kata indah dari Mu ini untuk aq tatapi...hamba..sentiasa sj lalai..sentiasa saja sibuk entah apa2..khilaf jua aq di bumi tuhan ini..tersenyum ahh bukan barangkali ketawa besar syaitan-syaitan yg menjaga hambamu ini...berjaya mereka menggodaku dengan kesibukan dunia...
bodoh sungguh aq...
namun tuhan sentiasa bersama...dia yang memegang hati-hati manusia...doa ibubapa ku, doa guru-guruku doa mereka2 yg menyayangi diri ini sentiasa menjadi benteng aq..tuhan sayang kita..buktinya jelas...syukur sepenuh-penuhnya aq panjatkan kerana hanya beberapa hr aq terlalai terus sahaja dia datang membantu..sahabat member2 ku cari lah hikmah disebalik setiap kejadian..carilah jgn menunggu sahaja..hikmah itu kita yg perlu terokai, kita yang perlu berfikir..bersyukurlah nescaya akan ku tambahkan nikmat padamu...maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan???
assalamualaikum.





































No comments:

Post a Comment